Seremban: Polis menahan 63 wanita warga asing dalam serbuan di sebuah kelab hiburan di Taman Koop, jalan Sungai Ujong, di sini, malam kelmarin.
Sepasukan polis khas dari Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Seremban, diketuai Inspektor Wan Kamal Wan Mahmood itu turut menahan seorang lelaki disyaki sebagai pelindung serta dua pe-kerja lelaki.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, 63 wanita warga asing yang ditahan itu terdiri daripada 61 warga Vietnam dan dua warga China.
Hasil siasatan mendapati kesemua 63 wanita warga asing tersebut melakukan kesalahan melanggar syarat dokumen perjalanan di bawah Akta Imigresen.

Sumber: Sinar Harian