Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Serbu Dua Pusat Hiburan Tanpa Permit Di Kota Bharu

Published: 19 Jun 2014 4.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Bharu, 25 April - Polis menyerbu dua pusat hiburan yang dipercayai beroperasi tanpa permit dan merampas peralatan bernilai RM40,000, di bandar ini semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-dua-pusat-hiburan-tanpa-permit-di-kota-bharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:29 MYT

Kota Bharu, 25 April - Polis menyerbu dua pusat hiburan yang dipercayai beroperasi tanpa permit dan merampas peralatan bernilai RM40,000, di bandar ini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata dalam serbuan 11.30 malam itu polis turut menahan dua lelaki yang masing-masing berusia 41 tahun, dipercayai pemilik premis.

Turut ditahan 17 pelanggan termasuk tujuh wanita bagi tujuan siasatan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya serbuan turut dibantu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(a) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa permit yang sah. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 4.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM