Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Selesaikan 30 Kes Pecah Rumah Di Ampang Dengan Penahan

Diterbitkan: 16 Jun 2014 4.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Polis berjaya menyelesaikan kira-kira 30 kes termasuk curi motosikal, pecah rumah dan ragut di sekitar Ampang sejak tahun lepas dengan tertangkapnya dua lelaki dan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selesaikan-30-kes-pecah-rumah-di-ampang-dengan-penahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:50 MYT

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Polis berjaya menyelesaikan kira-kira 30 kes termasuk curi motosikal, pecah rumah dan ragut di sekitar Ampang sejak tahun lepas dengan tertangkapnya dua lelaki dan seorang wanita di Pandan Indah Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata ketiga-tiga mereka berumur antara 33 dan 36 tahun dan mempunyai hubungan persaudaraan itu di tahan di sebuah rumah yang dipercayai kediaman mereka.

"Mereka ditahan kira-kira pukul 1.45 pagi dan dalam serbuan itu polis turut merampas peralatan pecah rumah dan curi motosikal, dadah, sebuah motosikal curi, serangkai anak kunci dipercayai untuk kegiatan pecah rumah serta wang tunai RM452," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini Selasa.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kesemua mereka mempunyai beberapa rekod lampau iaitu jenayah dan dadah. Ujian air kencing juga mendapati kesemua mereka positif dadah.

Mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ditangkap dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi motosikal dan Seksyen 15(1)A Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu dalam kes berasingan, dua lelaki termasuk seorang rakyat Singapura yang berumur 41 dan 42 tahun ditahan di hadapan sebuah hotel di Ampang kira-kira pukul 5 petang semalam kerana disyaki terbabit dengan kes penipuan pemalsuan permit kerja.

Amiruddin berkata penahanan dibuat berikutan aduan seorang rakyat Bangladesh yang kerugian RM5,900 setelah menyerahkan wang dan dua pasport kepada suspek untuk tujuan pembaharuan permit kerja, tiga minggu lepas.

"Mangsa mengenali suspek melalui kawan-kawan...suspek memperdaya mangsa dengan mengatakan bahawa satu stiker (permit kerja) berharga RM3,000 dan mangsa menyerahkan dua pasport," katanya.

Beliau berkata mangsa mengetahui dirinya tertipu selepas membuat semakan di Pejabat Imigresen Damansara dan mendapati permit itu adalah palsu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, katanya.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 4.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM