Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Selesai Tujuh Kes Curi Motosikal Di Pasir Puteh Dan Jerteh

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Ketika menahan mereka, polis menjumpai tujuh motosikal di halaman rumah itu dan sebuah motosikal disembunyikan di Kampung Gong Sawa tidak jauh dari situ,' katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Poli..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selesai-tujuh-kes-curi-motosikal-di-pasir-puteh-dan-jerteh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:59 MYT
Pasir Puteh, 15 Jun - Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian motosikal di daerah Pasir Puteh dan Jerteh, Terengganu berikutan tangkapan dua suspek lelaki.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata suspek berumur 21 dan 23 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Kampung Gong Kemuning, Bukit Yong di sini, pada pukul 7 pagi semalam.

"Ketika menahan mereka, polis menjumpai tujuh motosikal di halaman rumah itu dan sebuah motosikal disembunyikan di Kampung Gong Sawa tidak jauh dari situ," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.

Mohd Kamal berkata siasatan lanjut oleh pihak forensik mendapati sebahagian motosikal itu telah diubah suai bagi mengelirukan pihak polis.

Beliau berkata motosikal berkenaan dicuri di beberapa lokasi seperti pejabat kerajaan, bank dan pasar raya di daerah ini dan Jerteh.

"Polis percaya motosikal berkenaan akan dijual dengan harga antara RM300 dan RM500 sebuah kepada orang ramai," katanya.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM