Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Selesai Tujuh Kes Curi Kompresor Pendingin Hawa Bernil

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Berikutan penahanan lelaki itu, polis menahan seorang wanita yang dipercayai pengumpul komponen kompresor pendingin hawa dan menjual kepada pemilik kedai barangan lusuh. Zainuddin berkata pemilik keda..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selesai-tujuh-kes-curi-kompresor-pendingin-hawa-bernil
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:51 MYT
Polis Selesai Tujuh Kes Curi Kompresor Pendingin Hawa Bernilai Rm50,000
 
>

KUALA LUMPUR, 26 Feb - Polis yakin dapat menyelesaikan tujuh kes kecurian kompresor pendingin hawa bernilai RM50,000 di sekitar ibu kota berikutan penahanan dua lelaki dan seorang wanita minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata suspek ditahan secara berasingan selepas menerima laporan kecurian kompresor itu, dan mereka kini ditahan reman.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki di Jalan Sultan Sulaiman yang mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri serta menjual kompresor pendingin hawa.

Berikutan penahanan lelaki itu, polis menahan seorang wanita yang dipercayai pengumpul komponen kompresor pendingin hawa dan menjual kepada pemilik kedai barangan lusuh.

Zainuddin berkata pemilik kedai barangan lusuh itu turut ditahan dan polis merampas sembilan kompresor pelbagai jenis yang belum dilerai di premis suspek di Setapak.

Beliau berkata modus operandi mereka adalah membuka kompresor pendingin hawa dari bangunan yang tidak dikawal dan memasukkannya ke dalam tong sampah atau troli sebelum dijual kepada peniaga barangan lusuh. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM