Polis Selangor Tumpas Sindiket Palsu Pasport
Kuala
Lumpur, 23 Jun - Polis Selangor percaya dapat menumpaskan sindiket
memalsukan pasport antarabangsa dan cop Jabatan Imigresen Malaysia
dengan penahanan tiga lelaki yang sebelum itu terlibat dalam kes samun seorang wanita berhampiran Plaza Tol Sungai Besi, Sabtu lalu.
Pemangku
Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, suspek pertama
ditahan berhampiran keretanya jenis Perodua Myvi di parkir flat Lestari
Perdana, Seri Kembangan kira-kira pukul 1 tengah hari semalam manakala
dua lagi suspek ditangkap semasa serbuan di sebuah unit flat tersebut.
Menurutnya,
polis menemui 19 pasport antarabangsa pelbagai negara, komputer dan
printer, 23 rubber stamp atau cop dari pelbagai syarikat termasuk cop
Imigresen Putrajaya dan tali pinggang menyerupai tali pinggang Jabatan
Imigresen.
“Polis turut menemui beg tangan mengandungi kad pengenalan mangsa, lesen memandu, kad ATM dan kad perubatan.
“Kita
akan bekerjasama dengan pihak Imigresen berkaitan penemuan cop jabatan
berkenaan dan passport. Ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah hari ini
untuk permohonan tahanan reman oleh pegawai penyiasat dan kes disiasat
di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur