Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Selangor Tumpas Sindiket Palsu Pasport

Published: 17 Jun 2014 5.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, suspek pertama ditahan berhampiran keretanya jenis Perodua Myvi di parkir flat Lestari Perdana, Seri Kembangan kira-kira pukul 1 tengah hari ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selangor-tumpas-sindiket-palsu-pasport
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:42 MYT

Kuala Lumpur, 23 Jun - Polis Selangor percaya dapat menumpaskan sindiket memalsukan pasport antarabangsa dan cop Jabatan Imigresen Malaysia dengan penahanan tiga lelaki yang sebelum itu terlibat dalam kes samun seorang wanita berhampiran Plaza Tol Sungai Besi, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, suspek pertama ditahan berhampiran keretanya jenis Perodua Myvi di parkir flat Lestari Perdana, Seri Kembangan kira-kira pukul 1 tengah hari semalam manakala dua lagi suspek ditangkap semasa serbuan di sebuah unit flat tersebut.

Menurutnya, polis menemui 19 pasport antarabangsa pelbagai negara, komputer dan printer, 23 rubber stamp atau cop dari pelbagai syarikat termasuk cop Imigresen Putrajaya dan tali pinggang menyerupai tali pinggang Jabatan Imigresen.

“Polis turut menemui beg tangan mengandungi kad pengenalan mangsa, lesen memandu, kad ATM dan kad perubatan.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak Imigresen berkaitan penemuan cop jabatan berkenaan dan passport. Ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan tahanan reman oleh pegawai penyiasat dan kes disiasat di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis Selangor Tumpas Sindiket Palsu Pasport

Sumber : Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM