Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Selangor Rampas Dadah Bernilai Rm30 Juta Sejak Januari

Diterbitkan: 13 Jun 2014 9.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Sejak Januari lepas sehingga kini polis Selangor telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM30 juta yang cuba diseludup masuk menerusi negeri itu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selangor-rampas-dadah-bernilai-rm30-juta-sejak-januari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:56 MYT
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Sejak Januari lepas sehingga kini polis Selangor telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM30 juta yang cuba diseludup masuk menerusi negeri itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ACP Nordin Kadir berkata seramai 55 warga asing termasuk dari Iran, Singapura, China dan India juga diberkas kerana cuba menyeludup masuk dadah menerusi pintu masuk sekitar Selangor.

"Dadah yang dirampas termasuk ketamin, kokain dan syabu yang kita anggar berat keseluruhan kira-kira 90 kilogram. Warga asing yang diberkas pula berumur antara 20 dan 40 tahun. Tiga daripada mereka adalah wanita iaitu masing-masing dari Iran, Jepun dan China," katanya kepada pemberita, di sini pada Ahad.

Nordin berkata pihaknya kini giat melakukan pemantauan di semua pintu masuk di negeri itu termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Terminal Penerbangan Tambang Murah dan Pelabuhan Klang.

"Kami juga mengesan pelbagai jenis taktik yang dilakukan untuk membawa masuk dadah ke negara ini, antaranya di dalam tangkai beg, botol spray, dalam minyak rambut, bungkusan makanan dan yang terbaru menggunakan ketuhar 'microwave'," katanya.

Kaedah terbaru itu dikesan pada 9 Julai lepas apabila polis menahan seorang lelaki warga Iran berusia 27 tahun di KLIA, ketika cuba menyeludup masuk dadah disyaki syabu seberat 4.15kg bernilai RM1.04 juta menerusi peralatan dapur tersebut.

-- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 9.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM