Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Selangor Rampas 600 000 Pil Eramin 5 Bernilai Rm9 Juta

Published: 20 May 2016 6.50 AM Updated: 15 Aug 2026 7.26 PM
Shah Alam, 20 Mei 2016 - Polis Selangor merampas 600,000 biji pil Eramin 5 bernilai RM9 juta dan menahan seorang lelaki tempatan di Teluk Gong, Klang pada Rabu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selangor-rampas-600-000-pil-eramin-5-bernilai-rm9-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:26 MYT
Shah Alam, 20 Mei 2016 - Polis Selangor merampas 600,000 biji pil Eramin 5 bernilai RM9 juta dan menahan seorang lelaki tempatan di Teluk Gong, Klang pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Selangor ACP Amran Ramli berkata suspek yang berumur dalam lingkungan 30-an ditahan pada 11.10 pagi hasil risikan pihaknya sejak dua bulan lepas.

Lelaki itu ditahan ketika dia memberhentikan kenderaan Toyota Vellfire yang dipandunya di tepi sebuah jalan di Teluk Gong.

"Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu, polis menemukan 600,000 pil Eramin 5 yang disembunyikan di dalam 60 kotak kecil yang dianggarkan seberat 169.2 kilogram.
"Selepas ditahan, suspek membawa polis ke sebuah rumah di Ampang. Hasil pemeriksaan, polis turut merampas dua kenderaan iaitu Toyota Camry dan Nissan
X-Trail serta wang tunai RM15,000 bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Amran berkata suspek dipercayai menyeludup masuk dadah itu dari luar negara
menggunakan kontena untuk pasaran tempatan terutama di Lembah Klang.

"Suspek yang aktif melakukan kegiatan ini sejak dua bulan lepas, tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Dia sedang disiasat sama ada mempunyai rakan-rakan atau rangkaian sindiket dadah lain yang terlibat dengan rampasan itu," katanya.

Suspek direman tujuh hari sehingga Rabu depan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.- BERNAMA
ArticlePublished 20 May 2016 6.50 AMUpdated 15 Aug 2026 7.26 PM