Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Selangor Perkasa Jpjkk Untuk Kurangkan Jenayah

Published: 29 May 2015 7.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam, 29 Mei - Polis Selangor akan terus memantapkan peranan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komunitinya (JPJKK), sebagai usaha menjadikan inisiatif pencegahan jenayah di negeri itu lebih berkesan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selangor-perkasa-jpjkk-untuk-kurangkan-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:32 MYT

Shah Alam, 29 Mei - Polis Selangor akan terus memantapkan peranan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komunitinya (JPJKK), sebagai usaha menjadikan inisiatif pencegahan jenayah di negeri itu lebih berkesan.

Ketua Polis Selangor Dato' Abdul Samah Mat berkata bagi tujuan itu pihaknya akan menggerakkan kerjasama secara kolektif dan berterusan dengan masyarakat, sekali gus memantapkan perkongsian pintar antara kedua belah pihak.

"Kita memfokus kerjasama erat antara polis dan masyarakat kerana kita mahu mengekang persepsi negatif yang mungkin timbul berkaitan tugas-tugas kepolisan dalam kalangan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pejabat JPJKK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Selangor Dato' Abdul Rahim Jaafar dan Ketua JPJKK SAC Mohan Singh Tara Singh.

Beliau berkata bagi mempertingkatkan keselamatan komuniti, JPJKK akan menggerakkan anggotanya secara kerap di lokasi-lokasi penting bagi mengurangkan persepsi 'fear of crime' dalam kalangan masyarakat sekali gus menghalang penjenayah melakukan jenayah.

Katanya, langkah itu akan membantu mempertingkatkan keselamatan di kawasan kejiranan selain menyokong pengawalan jenayah di kawasan jenayah tinggi.

"Sebelum ini, tiada jabatan khusus dalam pencegahan jenayah, tetapi dengan kewujudan JPJKK ini, kita berharap pencegahan jenayah dapat dilakukan secara teratur dan kerap dengan bantuan unit rondaan kereta dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) polis," katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 29 May 2015 7.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM