Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Selamatkan Enam Warga Myanmar Yang Dikurung Rakan Senegara

Diterbitkan: 17 Nov 2016 5.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang berjaya menyelamatkan enam warga Myanmar termasuk seorang wanita yang dikurung dalam sebuah rumah flat tingkat 11 dekat Bandar Perai Jaya, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selamatkan-enam-warga-myanmar-yang-dikurung-rakan-senegara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT

Polis Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang berjaya menyelamatkan enam warga Myanmar termasuk seorang wanita yang dikurung dalam sebuah rumah flat tingkat 11 dekat Bandar Perai Jaya, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, kesemua mangsa yang berusia antara 15 sehingga 41 tahun itu ditemui susulan daripada penangkapan dua lelaki yang juga warga Myanmar di hadapan sebuah lif flat yang sama pada tengahari hari kejadian.

Hasil semakan pihak polis mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dijanjikan tawaran kerja di negara ini tetapi suspek yang ditahan mempunyai Kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Sumber: Kosmo

Polis Selamatkan Enam Warga Myanmar Yang Dikurung Rakan Senegara
ArtikelDiterbitkan 17 Nov 2016 5.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM