Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sarawak Selamat 15 Wanita Warga Asing

Diterbitkan: 18 Jun 2014 3.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.37 PM
Miri, 7 Nov - Wanita berusia 61 tahun adalah antara 15 wanita warganegara Indonesia yang berjaya diselamatkan oleh polis dalam serbuan Ops Cantas Khas pukul 5.25 petang semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sarawak-selamat-15-wanita-warga-asing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:12 MYT

Miri, 7 Nov - Wanita berusia 61 tahun adalah antara 15 wanita warganegara Indonesia yang berjaya diselamatkan oleh polis dalam serbuan Ops Cantas Khas pukul 5.25 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Pahlawan Zulkifli Hassan berkata serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kuching dan Ibupejabat Polis Miri di salah sebuah pusat kecantikan di Jalan Merpati di sini.

"Kesemua mangsa bekerja sebagai tukang urut dan menurut keterangan, mangsa tidak dibayar gaji seperti dipersetujui dalam kontrak dan sering dipukul," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata seorang suspek wanita yang dipercayai majikan kepada para mangsa telah ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migrin 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda jika disabitkan kesalahan. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 3.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.37 PM