Polis Sarawak Selamat 15 Wanita Warga Asing
Miri,
7 Nov - Wanita berusia 61 tahun adalah antara 15 wanita warganegara
Indonesia yang berjaya diselamatkan oleh polis dalam serbuan Ops Cantas
Khas pukul 5.25 petang semalam.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Pahlawan Zulkifli Hassan
berkata serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah
Kuching dan Ibupejabat Polis Miri di salah sebuah pusat kecantikan di
Jalan Merpati di sini.
"Kesemua
mangsa bekerja sebagai tukang urut dan menurut keterangan, mangsa tidak
dibayar gaji seperti dipersetujui dalam kontrak dan sering dipukul,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zulkifli berkata seorang suspek wanita yang dipercayai majikan kepada para mangsa telah ditahan untuk membantu siasatan.
Beliau
berkata kes disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Pemerdagangan Orang dan
Penyeludupan Migrin 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak
kurang tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda jika disabitkan
kesalahan.
Sumber : BERNAMA