Polis Sarawak Rampas Senjata Berbahaya Tahan 9 Suspek Di Du
Kuching,
4 Nov - Polis Sarawak merampas beberapa senjata berbahaya termasuk
senapang patah dan padang semurai, berikutan penahanan sembilan suspek
di dua ladang sawit iaitu di Batu Niah, Miri dan Balai Ringin, Serian,
kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Law Hong Soon.
Beliau
berkata dalam operasi pada Jumaat lepas, polis menemui selaras senapang
patah berserta lima butir peluru, sebilah bilah pedang semurai dan dua
bilah parang berukuran 52cm panjang dalam sebuah kenderaan yang
diperiksa di sebuah ladang sawit di kawasan Batu Niah.
"Bagi
kes ini pihak kami (polis) bersama-sama dengan agensi yang lain
menjalankan operasi bersepadu dalam menangani masalah berkaitan dengan
laporan kecurian buah kelapa sawit yang banyak kita terima daripada
syarikat dan pemilik ladang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.
Beliau
berkata pemandu kenderaan itu lelaki berumur 31 tahun, tiga penumpang
lelaki berumur antara 21 hingga 48 tahun dan seorang penumpang wanita
berumur 45 ditahan untuk siasatan kerana memiliki atau membawa senjata
dan peluru tanpa permit.
Katanya
dalam satu lagi pemeriksaan di kawasan sama, polis merampas dua bilah
parang dan sebilah pedang samurai dalam sebuah kenderaan yang dipandu
oleh seorang lelaki berumur 36 dan pemandu itu serta dua penumpang
remaja lelaki berumur 15 dan 17 tahun ditahan untuk siasatan.
Law
berkata pada Sabtu pula, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serian
berjaya menemui selaras senapang patah buatan sendiri dan 12 peluru
buatan sendiri yang disimpan di bawah lantai papan lapis sebuah pondok
zink dalam kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Ensebang Plaiee, Balai
Ringin.
Katanya pondok itu disyaki didiami oleh seorang warga Indonesia.
Hasil
pemeriksaan, katanya polis menahan seorang lelaki berumur 30 tahun,
dari Garu, Melikin Batang Air, Indonesia kerana menyimpan senjata
berbahaya dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Mengenai
Ops Cantas Khas, Law berkata, pasukan polis bahagian narkotik berjaya
merampas dua pistol jenis revolver buatan sendiri, lima butir peluru,
satu botol plastik mengandungi 23 biji pil disyaki ecstasy pada Sabtu
lepas.
Ia
dirampas daripada dua lelaki berumur 32 dan 38 tahun yang didapati
merupakan penagih dadah dalam serbuan di Chong Lin Park, Jalan Tabuan di
sini, katanya.

Sumber : BERNAMA
Foto : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak