Polis Sarawak Buru Pesalah Trafik Bermula Isnin Depan
Kira-kira 6,000 pesalah trafik di negeri ini tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang apabila polis melancarkan Op Warta bagi mengesan pemandu yang enggan membayar saman mulai Isnin ini.
Pegawai Turus Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, menerusi operasi tersebut, polis akan memberi tumpuan terhadap 400 pesalah trafik tegar yang memiliki lebih tiga saman.
Justeru, katanya, pesalah trafik terlibat perlu menyemak dan menyelesaikan saman mereka dengan segera.
Sumber: Utusan Malaysia