Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sahkan Balu Pengasas Al Arqam Ditahan Di Klia

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.33 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.28 PM
'Penahanan Hatijah Aam bukan di bawah bidang kuasa polis sepenuhnya tetapi kita hanya membantu (Jais) sahaja,' katanya ketika dihubungi Bernama...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sahkan-balu-pengasas-al-arqam-ditahan-di-klia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 16:54 MYT

Kuala Lumpur, 13 Mei - Polis mengesahkan Hatijah Aam, balu pengasas Al-Arqam, Asaari Muhammad, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.30 pagi, hari ini.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman berkata peranan polis dalam penahanan itu hanya sebagai membantu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan.

"Penahanan Hatijah Aam bukan di bawah bidang kuasa polis sepenuhnya tetapi kita hanya membantu (Jais) sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.

Hatijah Aam yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah tiba di KLIA dari Jeddah, Arab Saudi dan terus dibawa ibu pejabat Jais di Shah Alam, Selangor.

Usaha Bernama untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Jais mengenai siasatan yang dijalankan ke atas Hatijah bagaimanapun gagal

BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.33 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.28 PM