Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Sabah Sentiasa Siap Siaga Kekang Sebarang Ancaman

Published: 06 May 2015 5.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 6 Mei - Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Awang Sahari EM Nadzeer menegaskan pihaknya sentiasa berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan keselamatan di Sabah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sabah-sentiasa-siap-siaga-kekang-sebarang-ancaman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:55 MYT

Kota Kinabalu, 6 Mei - Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Awang Sahari EM Nadzeer menegaskan pihaknya sentiasa berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan keselamatan di Sabah.

Langkah itu merupakan antara pendekatan awal polis bagi mengekang segala kemungkinan ancaman di negeri ini, termasuk tindak-tanduk dan elemen ancaman yang dibawa kumpulan militan IS, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penahanan 12 individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan militan IS di Selangor baru-baru ini serta cuba menghuru-harakan negara ini.

Pada 26 April lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata 12 lelaki yang ditahan di Hutan Lipur Gunung Nuang, Hulu Langat, disyaki merancang mengebom beberapa sasaran di Lembah Klang.

Kumpulan itu merupakan anggota militan tempatan baharu, yang ditubuhkan bagi menyahut seruan militan IS untuk melancarkan serangan ke atas kepentingan negara
Islam sekular yang dianggap sebagai musuh.

Seruan berkenaan juga dipercayai untuk membalas dendam terhadap polis susulan penahanan anggota kumpulan militan IS di seluruh negara sejak Febuari 2013.- BERNAMA

ArticlePublished 06 May 2015 5.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM