Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Sabah Rampas 6 6kg Dadah Bernilai Rm522 000 Berkas Lima Suspek

Published: 14 Apr 2016 5.53 AM Updated: 15 Aug 2026 7.29 PM
Kota Kinabalu, 14 April 2016 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Kontinjen Sabah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini berikutan penahanan lima suspek termasuk seorang wanita dan merampas 6.6 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM522,000.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sabah-rampas-6-6kg-dadah-bernilai-rm522-000-berkas-lima-suspek
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:11 MYT
Kota Kinabalu, 14 April 2016 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Kontinjen Sabah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini berikutan penahanan lima suspek termasuk seorang wanita dan merampas 6.6 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM522,000.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata suspek pertama diberkas di Terminal Bas Inanam, kira-kira pukul 6 petang, pada 12 April dan merampas 6.2kg syabu daripadanya di terminal berkenaan.

Awang Sahari berkata syabu berkenaan dijumpai dalam lapan bungkusan plastik berwana kuning yang dibalut dengan surat khabar dan disimpan dalam sebuah kotak
berpita pelekat.        

"Soal siasat yang dijalankan ke atas suspek (wanita) telah membolehkankan JSJN Sabah menangkap dua orang suspek (lelaki) di Kota Kinabalu dan dua lagi suspek di Sandakan yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kesemua suspek yang berumur antara 30 hingga 50 tahun dan merupakan warganegara Malaysia itu ditangkap pada 12 April antara pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.

Katanya selain merampas 400gram syabu daripada empat suspek  berkenaan, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Wish, Perodua Myvi, Mini Cooper, Land Cruiser dan motosikal SYM VTS 200 daripada mereka.

Menurut Awang Sahari nilai kesemua barang rampasan termasuk syabu dan kenderaan berkenaan dianggarkan berjumlah RM1.09 juta.

Sementara itu, Awang Sahari berkata antara Jan hingga 12 April tahun ini, JSJN berjaya merampas kira-kira 4.7kg pelbagai jenis dadah dan menahan 3,573 individu kerana positif dadah. - BERNAMA
ArticlePublished 14 Apr 2016 5.53 AMUpdated 15 Aug 2026 7.29 PM