Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Sabah Perhebat Kesan Senjata Api Haram Bakakuk

Published: 06 Dec 2017 7.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kunak, 6 Disember 2017 - Polis Sabah akan memperhebatkan operasi mengesan penggunaan senjata api haram buatan sendiri seperti bakakuk khususnya di kampung dan ladang di negeri ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sabah-perhebat-kesan-senjata-api-haram-bakakuk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:19 MYT

Kunak, 6 Disember 2017 - Polis Sabah akan memperhebatkan operasi mengesan penggunaan senjata api haram buatan sendiri seperti bakakuk khususnya di kampung dan ladang di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata ini kerana risikan mendapati bakakuk masih aktif digunakan di kawasan terbabit.

"Oleh itu, risikan dan operasi untuk mengesan (pemilikan bakakuk) akan diteruskan secara agresif memandangkan senjata api haram ini yang menggunakan peluru biasa sehingga boleh menyebabkan kematian," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kunak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak di sini, hari ini.

Superintendan Baharin Md Tahir, 53, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kunak yang baharu, berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikan Superintendan Mohd Nasarudin M Nasir akan bertugas sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Ramli mengarahkan semua ketua polis daerah di negeri untuk membuat operasi dadah termasuk serbuan dan tangkapan berkaitan aktiviti berkenaan.

Sementara itu, Ramli berkata, secara keseluruhannya statistik jenayah membabitkan daerah Kunak tidak banyak walau pun ada peningkatan kes curi dan pecah rumah yang mencatatkan 89 kes pada tahun ini berbanding 87 kes pada tahun lalu.

"Operasi pencegahan kes curi dan pecah rumah yang berkait rapat dengan kegiatan dadah akan dipergiat dari masa ke semasa," katanya.

Terdahulu, Baharin yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri, berazam meneruskan pencapaian cemerlang IPD Kunak disamping mengurangkan kadar jenayah indeks di daerah Kunak.

Sumber: Berita Harian Online

ArticlePublished 06 Dec 2017 7.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM