Polis Sabah Giat Mengesan Mangsa Dan Dalang Penculikan
Polis Sabah kini giat mengesan suspek dan dua mangsa yag diculik sekumpulan empat lelaki bersenjata dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan malam kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Senior DCP Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata, selain mengambil keterangan daripada saksi dan pekerja restoran terbabit, polis turut merampas 15 buah telefon bimbit para pekerja restoran terbabit bagi tujuan analisa forensik.
Beliau turut berkata, rakaman cctv menunjukkan yang kesemua suspek dating dari arah tangga sisi di bahagian belakang restoran atas air itu tanpa mengenakan sebarang penutup muka.
Sumber: Sinar Harian