Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Reman Ketua Penculik Seorang Suri Rumah

Diterbitkan: 22 Mar 2017 1.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Lelaki Indonesia yang didakwa ketua kumpulan 13 penculik yang melarikan suri rumah dari Kulai, Johor sebelum dikurung di Batam, Indonesia pada 21 Februari lalu direman seminggu kerana memiliki pistol dan peluru.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-reman-ketua-penculik-seorang-suri-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:48 MYT

Lelaki Indonesia yang didakwa ketua kumpulan 13 penculik yang melarikan suri rumah dari Kulai, Johor sebelum dikurung di Batam, Indonesia pada 21 Februari lalu direman seminggu kerana memiliki pistol dan peluru.

Perintah reman bermula semalam ke atas tukang rumah berusia 39 tahun itu dikeluarkan oleh MajisTret Mohd. Syafiq Mustaza di Mahkamah Majistret di Batu Pahat semalam selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan suspek sehingga 27 Mac depan.

Suspek ditahan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman di Plaza Tol Yong Peng Selatan pada pukul 5.30 petang kelmarin ketika cuba melarikan diri dengan menaiki teksi.

Berita selanjutnya menerusi artikel Kosmo di bawah.

Polis Reman Ketua Penculik Seorang Suri Rumah
ArtikelDiterbitkan 22 Mar 2017 1.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM