Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Syabu Bernilai Rm160 000 Dari Anggota Sindiket

Published: 18 Jun 2014 12.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kota Bharu, 2 Sept - Polis menahan dua lelaki anggota sindiket Jo Denan yang dipercayai aktif mengedar syabu di negeri ini dan Terengganu serta merampas syabu bernilai kira-kira RM160,000...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-syabu-bernilai-rm160-000-dari-anggota-sindiket
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:41 MYT

Kota Bharu, 2 Sept - Polis menahan dua lelaki anggota sindiket Jo Denan yang dipercayai aktif mengedar syabu di negeri ini dan Terengganu serta merampas syabu bernilai kira-kira RM160,000.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata penahanan dan rampasan itu dibuat setelah kedua-duanya terlibat dalam nahas jalan raya di Wakaf Che Yeh semalam.

"Kereta yang dinaiki mereka yang datang dari Kuala Krai menuju Kota Bharu dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori yang dipakir di bahu jalan kira-kira 9.35 pagi," katanya.

Mereka yang berumur 31 dan 37 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mencuri serta didapati aktif mengedar dadah yang dipercayai diambil dari negara jiran sejak Julai lepas.

"Suspek yang berusia 37 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala suspek yang berusia 31 tahun dan berasal dari Kota Baharu mempunyai 10 rekod jenayah lampau," katanya.

Hasil ujian saringan awal, kedua-duanya didapati positif methamphetamine dan mereka direman selama seminggu bermula hari ini.

Beliau berkata dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran syabu di Kelantan.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM