Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Sekilogram Dadah Tahan Seorang Lelaki Di Muar

Diterbitkan: 17 Jun 2014 5.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis sedang menyiasat dari mana suspek memperoleh bekalan dadah dan untuk di pasarkan di mana, katanya menambah bekalan dadah itu dapat menampung 5,000 penagih...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-sekilogram-dadah-tahan-seorang-lelaki-di-muar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:27 MYT

Muar, 14 Jun - Polis memberkas seorang lelaki dan merampas satu kilogram dadah dipercayai jenis syabu bernilai RM250,000 dalam satu operasi di Pangkalan Nelayan Parit Jawa, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam operasi 12.15 pagi itu polis turut merampas wang tunai RM5,000 daripada lelaki tempatan berusia 56 tahun berkenaan.

Polis sedang menyiasat dari mana suspek memperoleh bekalan dadah dan untuk di pasarkan di mana, katanya menambah bekalan dadah itu dapat menampung 5,000 penagih.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas ketua polis daerah Muar di antara pemangku Ketua Polis daerah Supt Sahadan Jaafar dan Ketua Polis Daerah Muar yang baharu ACP Azman Ayub.

Menurut Mohd Mokhtar, operasi itu hasil risikan awam dan lelaki tersebut ditahan ketika berada di dalam kereta di Pantai Leka di pangkalan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- BERNAMA

Jumlah
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 5.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM