Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Rm40 Juta Wang Aset Kongsi Gelap

Published: 02 Apr 2018 2.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 2 April 2018 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, merampas lebih RM40 juta wang tunai dan aset dalam pelbagai tindakan membabitkan kumpulan jenayah terancang sehingga semalam. Rampasan tertinggi bernilai kira-kira RM12.3 juta dilakukan ke atas kumpulan Geng 360 Devan dari Selangor, yang dikesan menjalankan penyeludupan dan pengedaran dadah. Rampasan kedua terbesar membabitkan Geng 24 dari Pulau
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-rm40-juta-wang-aset-kongsi-gelap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:44 MYT

Polis Rampas Rm40 Juta Wang Aset Kongsi Gelap

Kuala Lumpur, 2 April 2018 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, merampas lebih RM40 juta wang tunai dan aset dalam pelbagai tindakan membabitkan kumpulan jenayah terancang sehingga semalam.

Rampasan tertinggi bernilai kira-kira RM12.3 juta dilakukan ke atas kumpulan Geng 360 Devan dari Selangor, yang dikesan menjalankan penyeludupan dan pengedaran dadah.

Rampasan kedua terbesar membabitkan Geng 24 dari Pulau Pinang dengan nilai RM10.5 juta, kumpulan itu dikesan terbabit dalam kegiatan bunuh, senjata api, penyeludupan dan pengedaran dadah, samun, pemerasan serta culik.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata setiap tindakan situ dan rampasan aset kumpulan berkenaan tertakluk mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Tindakan rampasan ini bagi membolehkan polis melakukan pencegahan ke atas kumpulan jenayah terancang membiayai keganasan dan hasil aktiviti haram mereka.

"Apabila tiada aset atau harta di sita, setiap pergerakan atau tindakan kumpulan itu akan lumpuh sepenuhnya," katanya dalam wawancara khas, baru-baru ini.

Perebutan kuasa menjadi pemimpin Huzir Mohamed berkata, kebanyakan perbalahan antara orang kanan setiap kumpulan hingga berlaku pertumpahan darah berpunca daripada perebutan kuasa menjadi pemimpin.

Katanya, mereka mahu memiliki sebahagian besar imbuhan lumayan dalam kumpulan berkenaan yang kebanyakannya bergantung kepada jawatan atau mengikut hierarki kumpulan.

"Lagi tinggi jawatan dalam kumpulan atau geng, lebih besar imbuhan diterima," katanya.

Beliau yakin apabila semua harta berkenaan dirampas, usaha merekrut ahli baharu menyertai sesebuah kumpulan jenayah terancang menjadi sukar berikutan ketiadaan aliran tunai.

Malah, katanya, kegiatan kumpulan jenayah terancang terutama kongsi gelap berkubur apabila ketua dan pimpinan kanannya ditahan.

Tindakan rampasan ini bagi membolehkan polis melakukan pencegahan ke atas kumpulan jenayah terancang membiayai keganasan dan hasil aktiviti haram mereka. Apabila tiada aset atau harta di sita, setiap pergerakan atau tindakan kumpulan itu akan lumpuh sepenuhnya," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

ArticlePublished 02 Apr 2018 2.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM