Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Rm1 5 Juta Syabu Lapan Warga Iran Ditahan

Published: 27 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jabatan Siasatan Jenayah Narotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas 10 kilogram dadah yang bernilai RM1.5 juta di sebuah kondominium yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-rm1-5-juta-syabu-lapan-warga-iran-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:12 MYT

 

Kuala Lumpur, 27 Okt - Jabatan Siasatan Jenayah Narotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas 10 kilogram dadah yang bernilai RM1.5 juta di sebuah kondominium yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Dato' Sri Mohd Mokhtar Bin Hj Mohd Shariff dalam sidang media khas berkata, lapan warga Iran yang berumur dalam lingkungan 23-47 tahun berjaya diberkas dalam serbuan itu.

Menurut beliau polis mengesyaki kesemua suspek yang ditahan itu juga adalah anggota sindiket yang sama dalam tujuh serbuan berasingan yang dijalankan di sekitar ibu kota.

Turut dirampas adalah, peralatan-peralatan memproses dadah, sejumlah wang tunai, jam tangan serta lima buah kenderaan pelbagai jenis milik suspek.

Kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

ArticlePublished 27 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM