Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Pistol Geng Curi Kereta

Published: 13 Jun 2014 2.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketika cuba membuat pemeriksaan badan seorang susupek, pergelutan telah berlaku dan menemui sepucuk pistol jenis Colts MK4 series 70 model caliber lengkap dengan kelopak bersarung terselit pada pingga..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-pistol-geng-curi-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:06 MYT

Temerloh - 1 Julai 2009. Tiga lelaki Melayu berusia 19 hingga 29 tahun berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai penarik kereta, ditahan oleh anggota Cawangan MPV yang melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Pak Sako pada jam 11.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad fadzillah Mohamed berkata, dua anggota polis yang sedang meronda telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Honda Civic dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis telah menemui satu beg komputer riba yang mengandungi peralatan curi kereta dan beberapa rangkaian kunci dalam bonet kereta.

Ketika cuba membuat pemeriksaan badan seorang susupek, pergelutan telah berlaku dan menemui sepucuk pistol jenis Colts MK4 series 70 model caliber lengkap dengan kelopak bersarung terselit pada pinggangnya. Polis juga menemui tujuh peluru hidup, enam dalam sarung manakala satu darinya dalam kelopak yang sedia digunakan.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penakti lebih berat) 1971 yang mana boleh dipenjarakan 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM