Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Pil Kuda Bernilai Rm8 5 Juta

Published: 27 Aug 2018 7.34 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Pulau Pinang, 27 Ogos 2018 - Polis negeri ini merampas sebanyak 427,600 biji pil kuda WY bernilai RM8.5 juta menerusi serbuan di tiga lokasi di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Butterworth di sini, 19 hingga 24 Ogos lal
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-pil-kuda-bernilai-rm8-5-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:14 MYT

Pulau Pinang, 27 Ogos 2018 - Polis negeri ini merampas sebanyak 427,600 biji pil kuda WY bernilai RM8.5 juta menerusi serbuan di tiga lokasi di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Butterworth di sini, 19 hingga 24 Ogos lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri A.Thaiveegan berkata, pihaknya menahan tujuh lelaki termasuk tiga pelajar pelajar kolej bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, tangkapan bermula apabila polis memeriksa sebuah kenderaan di Jalan Bagan Luar, Butterworth dan menahan lima lelaki India setelah menemukan 1,600 biji pil kuda.

“Soal siasat terhadap mereka membawa kepada serbuan di sebuah pangsapuri di Bukit Mertajam dan berjaya merampas 72,000 pil kuda bernilai RM1.44 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, pada 24 Ogos lalu, satu lagi serbuan dilakukan di Perai dan pihaknya berjaya menemukan sebanyak 354,000 bijil pil kuda bernilai RM7.08 juta.

Sumber : UTUSAN ONLINE.

ArticlePublished 27 Aug 2018 7.34 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM