Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Dua Laras Senapang Patah Buatan Sendiri

Published: 25 May 2015 4.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis berjaya menahan seorang lelaki dan merampas dua laras senapang patah buatan sendiri bersama 14 butir peluru di kawasan sawah padi di Kampung Pak Wong, Jertih di Terengganu, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-dua-laras-senapang-patah-buatan-sendiri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:36 MYT

Polis berjaya menahan seorang lelaki dan merampas dua laras senapang patah buatan sendiri bersama 14 butir peluru di kawasan sawah padi di Kampung Pak Wong, Jertih di Terengganu, Jumaat lalu.

Suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut kira-kira pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Khaled Che Lah berkata, sebelum itu, pasukan tersebut yang terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut sebelum terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback dalam keadaan mencurigakan di kawasan jalan sawah padi di kampung tersebut.

Pemeriksaan polis ke atas kenderaan tersebut telah menemui dua laras senapang patah buatan sendiri.

Suspek yang memandu kenderaan tersebut mengaku senapang tersebut kepunyaannya ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Utusan Malaysia

Polis Rampas Dua Laras Senapang Patah Buatan Sendiri
ArticlePublished 25 May 2015 4.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM