Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Dadah Lebih Rm100 000 Tahan Lima Rakyat Tempatan

Diterbitkan: 27 Dec 2016 3.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Satu sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif mengedar dadah di pusat hiburan di ibu negara dan sekitarnya, tumpas dengan tertangkapnya lima anggotanya di sini Sabtu lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-dadah-lebih-rm100-000-tahan-lima-rakyat-tempatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:19 MYT
Kuala Lumpur, 27 Disember 2016 - Satu sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif mengedar dadah di pusat hiburan di ibu negara dan sekitarnya, tumpas dengan tertangkapnya lima anggotanya di sini Sabtu lepas.

Dalam serbuan di dua kondominium di Sri Petaling, polis turut merampas kira-kira dua kilogram dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai lebih RM100,000.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Hamid Mohd berkata dalam serbuan pertama, polis menahan dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 22 hingga 27 tahun serta merampas pelbagai jenis dadah seperti ketamin, ecstasy, erimin dan serbuk dadah.

"Susulan itu, serbuan kedua dilakukan dan seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan selain rampasan ecstasy, erimin dan serbuk dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hamid berkata polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti rangkaian mereka dalam aktiviti pengedaran dadah dan sumber dadah berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.- BERNAMA 
ArtikelDiterbitkan 27 Dec 2016 3.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM