Polis Rampas Dadah Dan Senjata Tajam Dalam Op Limau Tahun Ba
KUALA
LUMPUR, 15 Feb - Polis Ibu Pejabat Daerah Cheras merampas sejumlah
dadah dan senjata tajam dalam beberapa operasi sempena OP Limau
sepanjang perayaan Tahun Baru Cina.
Ketua
Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata rampasan itu
terdiri daripada Syabu (13.82 gm), Heroin (28.02 gm), Ketamin (0.50 gm),
Ganja (12.03 gm), Eramin 5 (44 biji), pisau (5), parang (11), dan besi berantai (1).
"Operasi
ini dijalankan secara berperingkat di seluruh kawasan Cheras dan kami
berjaya menahan beberapa orang suspek berumur lingkungan 21 hingga 30
tahun.
"Kami
percaya dengan penangkapan suspek ini ia dapat menyelesaikan 11 kes
membabitkan pemilikan senjata berbahaya dan beberapa kes samun," katanya
kepada pemberita. Operasi itu membabitkan pemeriksaan terhadap 1,418
individu dan 908 kenderaan - kereta, motosikal dan lori. - BERNAMA