Oleh : Konst Iqtar Azmi
POLIS RAMPAS DADAH BERNILAI RM50 JUTA
BUKIT AMAN, 10 SEPT – Bertindak atas maklumat daripada orang ramai, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM telah melakar satu lagi kejayaan setelah menumpaskan sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang, semalam.
Dalam kejayaan terbaru ini, pihak JSJN telah menangkap 5 orang warga tempatan, masing-masing merupakan 4 lelaki dan seorang wanita dalam dua serbuan berasingan di Cheras dan Bandar Sungai Long, Kajang di mana sejumlah 209.96 kg syabu, 40.47 kg heroin dan 26.85 kg pil ecstacy telah berjaya dirampas.
Selain itu, pihak polis juga berjaya menyita 9 buah kenderaan yang digunakan oleh ahli sindiket, dua unit komputer riba, barang kemas serta wang tunai sebanyak RM 51,229, USD 300 dan Bath 450.
Kesemua suspek berumur lingkungan 26 hingga 57 tahun telah ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang akan membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Sidang media dikendalikan oleh YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman

Antara hasil-hasil rampasan

Pengarah JSJN menunjukkan hasil-hasil rampasan