Polis Rampas Dadah Bernilai Rm45 Ribu Dan Tumpas Sindeket Pe
Shah
Alam, 8 Oktober – Seorang lelaki berusia linkungan 26 tahun yang pernah
ditahan dan dituduh di bawah kesalahan dadah sekali lagi ditahan pihak
polis dalam satu intipan di sebuah pusat membeli belah di Sunway oleh
sepasukan polis dari Jabatan Siasatan jenayah Narkotik Selangor pada 7
Oktober lalu. Suspek ditahan bersama beberapa bungkusan yang disyaki
dadah jenis Heroin.
Ketua
Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd shukri b. Dahlan
memberitahu hasil pemeriksaan air kencing mendapati suspek positif dadah
dan polis juga merampas lebih kurang 2,239 gram dadah dipercayai Heroin
yang dianggarkan bernilai RM45 ribu. Suspek direman selama tujuh hari
bermula pada 08.10.2013.
Dalam
sidang media yang sama Ketua Polis Selangor memaklumkan satu sindiket
penipuan 'Parcel Scam' telah dibongkar oleh Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil Selangor dengan tertangkapnya tujuh lelaki warga asing di dua
lokasi berasingan di Batu Caves, Selangor pada 05.10.2013. Sindiket
tersebut menggunakan wanita tempatan sebagai umpan untuk memperdaya
mangsa melalui laman-laman sosial serta menyamar sebagai usahawan bagi
melancarkan urusan penipuan. Kesemua suspek berumur antara 30 hingga 45
tahun.
Daripada
pembongkaran kes tersebut pihak polis berjaya merampas pelbagai jenis
telefon bimbit, computer riba, kad ATM dan sejumlah daun kering disyaki
dadah jenis Ganja. Hasil saringan air kencing mendapati empat daripada
suspek positif dadah.
Pada
06.10.2013 lalu sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah menahan dua lelaki bersama
beberapa jenis senjata dan peralatan berbahaya di Plaza Amcorp Mall,
Petaling Jaya. Kedua-dua suspek yang ditahan berumur antara 28 hingga 40
tahun. Menurut Ketua Polis Selangor hasil siasatan lanjut mendapati
barang-barang dan peralatan yang dirampas tersebut dipercayai dibekalkan
oleh seorang lelaki warganegara Thailand.






Sumber : HEA Ibu Pejabat Kontinjen Selangor