Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah apabila memberkas enam individu termasuk sepasang suami isteri warga China dalam dua serbuan berasingan di kuala Lumpur.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Dato' Seri Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya turut merampas dadah jenis erimin 5 berjumlah 1.4 juta pil yang dianggarkan bernilai RM29juta.
Susulan daripada tangkapan itu, pihaknya memberkas seorang lelaki yang dipercayai terbiibit dengan sindiket itu dalam di sebuah kediaman di Jalan Sultan Ismail.
Sumber: Sinar Harian