Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm10 000 Daripada Seorang Lelaki Di Ipoh

Published: 21 Apr 2017 2.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ipoh, 21 April 2017 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 459 gram dadah daripada seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Senget, Kampung Kepayang di sini Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-dadah-bernilai-lebih-rm10-000-daripada-seorang-lelaki-di-ipoh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:25 MYT

Ipoh, 21 April 2017 –  Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 459 gram dadah daripada seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Senget, Kampung Kepayang di sini Rabu lalu. 

Ketua JSJN Perak, R. Ravi Chandran berkata sebanyak 402 gram dadah yang dirampas itu adalah jenis heroin, manakala 57 gram lagi merupakan ganja yang semuanya dianggar bernilai RM10,050.

Katanya dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pihaknya telah menahan seorang lelaki berumur 27 tahun di rumah berkenaan. 

“Saringan ujian air kencing terhadap lelaki yang berasal dari Perak dan bekerja sendiri itu mendapati dia positif dadah jenis morfin, namun tidak mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Ravi Chandran berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati. 

-- BERNAMA

ArticlePublished 21 Apr 2017 2.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM