Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas 6 000 Kartun Rokok Seludup

Published: 13 Jun 2014 1.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur - 23 Jun 2009. Tiga lelaki warga Indonesia yang menyorokkan sejumlah 6,000 kartun rokok putih seludup dalam stor di sebuah rumah kedai di Pasar borong Selayang, diberkas dalam operasi pol..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-6-000-kartun-rokok-seludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:16 MYT

Kuala Lumpur - 23 Jun 2009. Tiga lelaki warga Indonesia yang menyorokkan sejumlah 6,000 kartun rokok putih seludup dalam stor di sebuah rumah kedai di Pasar borong Selayang, diberkas dalam operasi polis malam tadi.

Sindiket penyeludupan yang membawa masuk pelabagai jenama rokok putih dari negara jiran dengan bot pancung itu didapati mengubah suai tingkat atas rumah kedai tersebut untuk dijadikan stor.

Ketua Polis Daerah Sentul, YDH ACP Zakaria Pagan berkata, pihaknya menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia anatara 24 hingga 53 tahun dalam operasi itu adalah hasil daripada maklumat orang ramai.

Menurutnya, polis percaya rokok tersebut dibawa masuk melalui perairan Banting, Selangor sebelum dibawa ke kawasan ini.

Menurutnya lagi, dua daripada tiga suspek yang ditahan memiliki pasport yang sah manakala seorang lagi mempunyai taraf penduduk tetap. Mereka dipercayai menjalankan kegiatan ini sejak dua tahun lalu.

Suspek kini ditahan mengikut Akta Imigresen kerana membawa masuk barangan duti secara haram ke negara ini dan semua hasil rampasan diserahkan kepada Kastam Diraja Malaysia.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM