Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas 427 Kad Kredit Palsu Tahan 6 Lelaki

Published: 11 Jul 2016 10.42 AM Updated: 15 Aug 2026 7.23 PM
George Town, 11 Julai 2016 - Enam lelaki ditahan dan sejumlah 427 kad kredit palsu dirampas dalam Op Helang Khas di sebuah hotel lima bintang di Batu Ferringhi, dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-427-kad-kredit-palsu-tahan-6-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:54 MYT
George Town, 11 Julai 2016 - Enam lelaki ditahan dan sejumlah 427 kad kredit palsu dirampas dalam Op Helang Khas di sebuah hotel lima bintang di Batu Ferringhi, dekat sini.

Turut dirampas dalam operasi pada pukul 11.15 pagi Jumaat lepas itu ialah peralatan yang diguna untuk memalsukan kad kredit serta tiga kad pengenalan palsu dari Singapura dan Hong Kong. 

"Mereka yang ditahan dalam serbuan di dua bilik hotel itu berusia 28 hingga 33 tahun dan dipercayai sebahagian daripada sindiket pemalsuan kad kredit antarabangsa," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis menunjukkan kad kredit palsu itu digunakan di Kuala Lumpur dan Selangor dengan kebanyakan bank yang digunakan berpangkalan di China, Taiwan dan Hong Kong. 
 
"Sindiket ini terbahagi kepada dua kumpulan, satu pihak yang membekalkan informasi berkaitan akaun bank manakala satu pihak lagi membuat kad kredit palsu," katanya. 

Mior Faridalatrash berkata kad kredit palsu itu diguna untuk membeli barangan berharga dan dijual semula di pasaran terbuka.

Polis masih menyiasat jumlah kerugian dan transaksi yang dibuat menggunakan kad kredit palsu itu, katanya. 

Beliau berkata seorang daripada enam lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah atas kesalahan yang sama dan kesemua mereka direman sehingga esok untuk membantu siasatan. 

Polis masih memburu dalang utama sindiket itu, katanya.- BERNAMA
ArticlePublished 11 Jul 2016 10.42 AMUpdated 15 Aug 2026 7.23 PM