Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas 31 Mercun Pelbagai Jenis

Published: 13 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan tiga lelaki, termasuk dua remaja serta merampas 31 mercun pelbagai jenis bernilai RM8,000 selepas menyerbu sebuah khemah di Jalan Indah 6/1, Taman Bukit Indah semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-31-mercun-pelbagai-jenis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:41 MYT

Polis menahan tiga lelaki, termasuk dua remaja serta merampas 31 mercun pelbagai jenis bernilai RM8,000 selepas menyerbu sebuah khemah di Jalan Indah 6/1, Taman Bukit Indah semalam.

Mereka yang berusia 17 dan 37 tahun, ditahan pada jam 10.40 malam ketika mahu menjual mercun kepada orang awam, selain menjalankan pemiagaan tanpa lesen. Nilai jualan dianggarkan mencecah RM20,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan letupan 1957 yang boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. 

Dalam kes yang berasingan polis menahan dua lelaki berusia 26 dan 28 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Pulai, Kangkar Pulai jam 5 petang semalam.

Pemeriksaan lanjut menjumpai beberapa barangan yang disyaki hasil kegiatan pecah antaranya sebuah unit mesin angina jenama Itali Tiger, mesin penebuk lubang dan pendingin hawa serta sebuah lori.

Selain itu, kedua-dua suspek yang didapati positif dadah dan mengaku terbabit dalam lima kes pecah rumah.

Sumber: Berita harian

Polis Rampas 31 Mercun Pelbagai Jenis

ArticlePublished 13 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM