Ipoh - Polis merampas sebanyak 256 botol air daun ketum dengan isipadu 384 liter dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tasek di sini tiga hari lalu.
Dalam serbuan pada pukul 10.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 26 tahun telah ditahan.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintenden V. R. Ravi Chandran berkata, setiap botol yang dirampas itu mengandungi 1.5 liter air daun ketum dalam empat tong plastik.
Katanya, pihaknya turut merampas 30 guni plastik dengan setiap satunya mengandungi enam kilogram daun ketum.
Sumber: Kosmo