Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas 237 Karton Rokok Seludup Bernilai Rm33 000

Diterbitkan: 26 May 2018 8.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
KOTA TINGGI 26 Mei - Sebanyak 237 karton rokok putih seludup pelbagai jenis bernilai RM33,464 berjaya dirampas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah Kota Tinggi dalam operasi di lorong belakang permis perniagaan Jalan Anggerik 2/1, Taman Anggerik Bandar Tenggara, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-237-karton-rokok-seludup-bernilai-rm33-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:13 MYT

KOTA TINGGI 26 Mei - Sebanyak 237 karton rokok putih seludup pelbagai jenis bernilai RM33,464 berjaya dirampas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah Kota Tinggi dalam operasi di lorong belakang permis perniagaan Jalan Anggerik 2/1, Taman Anggerik Bandar Tenggara, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, dalam operasi kira-kira pukul 3 petang, sepasukan anggota yang diketuai Inspektor P. Devendiran membuat serbuan dan pemeriksaan di lorong belakang permis tersebut.

Menurutnya, selepas menerima maklumat awam, pihaknya kemudian memeriksa sebuah kereta Perodua Myvi dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 237 karton yang rokok pelbagai jenama disorok di tempat penyimpanan barang dalam kenderaan ber­kenaan.

“Polis kemudian menahan suspek seorang remaja berusia 18 tahun dan direman sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967,” katanya di sini hari ini.

Bacaan lanjut di Utusan.

Polis Rampas 237 Karton Rokok Seludup Bernilai Rm33 000

ArtikelDiterbitkan 26 May 2018 8.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM