Polis Rampas 200 000 Dvd Bernilai Rm2 Juta
SUBANG
JAYA 29 Julai - Polis mencatat kejayaan besar menumpaskan sindiket
pengedaran cakera video digital (DVD) haram dengan merampas 200,000
keping DVD bernilai kira-kira RM2 juta dari sebuah gudang di Taman Sri
Serdang di sini malam tadi.
Kejayaan
itu merupakan antara rampasan DVD terbesar di Selangor sejak awal tahun
ini. Premis terbabit yang sebelum ini merupakan bengkel membaiki
kereta, dipercayai dijadikan pusat pengedaran DVD haram sebelum stok DVD
diedar ke kawasan lain untuk dijual.
Sindiket
yang ditumpaskan itu mungkin memiliki rangkaian luas di seluruh
Semenanjung berdasarkan jumlah stok DVD yang disimpan di premis
berkenaan. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal
Rashid Abu Bakar berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah
Komersial membuat serbuan ke atas gudang itu pada pukul 8.15 malam
setelah menerima maklumat dari orang ramai.
"Dalam
serbuan tersebut, polis menemui kira-kira 200,000 keping DVD pelbagai
tajuk termasuk 20,000 daripadanya DVD lucah. "Ketika serbuan, seramai 15
pekerja didapati tengah melakukan kerja-kerja membungkus DVD, jadi
kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an telah ditahan untuk
siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini
malam ini.