Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas 19 Botol Dadah Disyaki Heroin Tahan Lelaki 55

Published: 16 Jun 2014 3.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketika ditahan polis menemui sembilan botol kecil dipercayai mengandungi heroin dalam poket seluar lelaki itu, dan 10 botol lagi ditemui tersembunyi dalam kenderaan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-19-botol-dadah-disyaki-heroin-tahan-lelaki-55
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT
KUALA TERENGGANU, 16 Januari 2011 (Bernama)

Walaupun sudah tiga kali keluar masuk penjara, seorang lelaki berumur 55 tahun di sini nampaknya tidak kenal erti serik, dia ditahan sekali lagi tiga hari lepas kerana disyaki memiliki heroin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata lelaki itu ditahan kira-kira pukul 6 petang Khamis lalu ketika berada dalam keretanya yang diletakkan di hadapan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini.

Beliau berkata ketika ditahan polis menemui sembilan botol kecil dipercayai mengandungi heroin dalam poket seluar lelaki itu, dan 10 botol lagi ditemui tersembunyi dalam kenderaan.

Katanya polis turut merampas wang tunai RM3,100 yang dipercayai hasil jualan dadah daripada lelaki itu yang dipercayai pengedar dan penagih dadah tegar, yang pernah menjalani hukuman penjara 34 tahun dan 16 kali sebatan atas kesalahan dadah.

"Keseluruhan rampasan dadah dengan berat kasar kira-kira 96.95 gram itu dianggar bernilai RM30,000," katanya pada satu persidangan media di sini, Ahad.

Roslan berkata suspek yang berasal dari Kampung Alor Peroi, Kuala Besut itu baru sahaja dibebaskan dari penjara Marang hujung Jun tahun lalu, dan kini dia ditahan reman sehingga 20 Januari bagi membantu siasatan yang dibuat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM