Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas 101 Mesin Judi

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis merampas 101 mesin judi komputer bernilai RM1,000 setiap satu dan menahan dua pelanggan serta empat pekerja premis, termasuk seorang warga Indonesia di sebuah premis kafe internet di Jalan Jejak..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-101-mesin-judi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:35 MYT

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2010  -- Polis merampas 101 mesin judi komputer bernilai RM1,000 setiap satu dan menahan dua pelanggan serta empat pekerja premis, termasuk seorang warga Indonesia di sebuah premis kafe internet di Jalan Jejaka 7, Taman Maluri hari Selasa.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Kuala Lumpur, DSP Razali Abu Samah berkata dalam serbuan Ops Dadu pada pukul 4.30 petang itu, dua pelanggan yang ditahan itu berumur 25 hingga 28 tahun manakala empat pekerja premis itu pula berumur 25 hingga 33 tahun.

Razali berkata kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras manakala pekerja warga Indonesia yang tidak mempunyai pasport itu akan ditahan di lokap Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata terdapat laporan daripada orang ramai yang mengatakan ramai pelajar sekolah menengah menghabiskan masa berjudi di situ, bagaimanapun semasa serbuan dibuat, tiada pelajar sekolah yang ditemui sedang bermain.

Dalam operasi itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM473.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM