Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rai Syawal Di Tempat Kerja

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jika tidak kerana tugas dan tanggungjawab, memang tiada siapa sanggup menyambut lebaran berjauhan dari keluarga. Inilah pengorbanan yang harus dilakukan oleh seluruh warga Polis Diraja Malaysia..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rai-syawal-di-tempat-kerja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:58 MYT

Kuala Lumpur, 20 September 2009 - Apabila takbir bergema, menandakan 1 Syawal 1430 Hijrah menjelang sudah. Setiap insan menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran dan keriangan bersama keluarga dan sanak saudara tercinta. Tangan dihulur maaf dipohon agar segala salah dan silap dimaafi.

Seperti biasa, dapat dilihat pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, tanpa mengira hari dan masa, tetap mengutamakan tugas memastikan kedaulatan negara terus kekal abadi. Mereka meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini di tempat mereka ditugaskan.

Jika tidak kerana tugas dan tanggungjawab, memang tiada siapa sanggup menyambut lebaran berjauhan dari keluarga. Inilah pengorbanan yang harus dilakukan oleh seluruh warga Polis Diraja Malaysia. Slogan 'Bersedia Berkhidmat' menjadi azimat setiap masa.


Polis Rai Syawal Di Tempat Kerja
Tabah ... Tiga anggota Bit melakukan rondaan di Lorong Jalan Silang Kuala Lumpur bagi memastikan keadaan sekitar sentiasa selamat. Bertugas di hari lebaran merupakan satu ibadah.

Polis Rai Syawal Di Tempat Kerja
Tetap ceria melayan orang ramai yang datang untuk membuat Laporan Polis ...Anggota bertugas di Pejabat Pertanyaan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Kuala Lumpur menyambut kedatangan seorang pengadu dengan penuh ceria walaupun terpaksa bertugas pada hari lebaran.

Polis Rai Syawal Di Tempat Kerja
Anggota Pejabat Pertanyaan Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur tetap ceria melayan 'tetamu' yang datang yang memerlukan bantuan dan khidmat daripada PDRM

Polis Rai Syawal Di Tempat Kerja

Warga kota ramai yang pulang ke kampung halaman, namun di ibu kota, warga negara asing samada penuntut atau buruh yang mencari rezeki di negara ini beramai-ramai keluar bersiar-siar di ibu kota Kuala Lumpur, terutamanya Pusat Membeli Belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman. Anggota Cawangan Trafik sentiasa memastikan keadaan lalulintas sentiasa terkawal walau pun terpaksa menyambut lebaran di jalan raya.

Polis Rai Syawal Di Tempat Kerja
ACP Zakaria Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur menyampaikan bungkusan kuih muih kepada anggota polis yang bertugas pada hari lebaran ketika Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama KPD Sentul pada pagi 20 September 2009

Polis Rai Syawal Di Tempat Kerja
Anggota Pengawal Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, sentiasa memastikan setiap kenderaan yang masuk dan keluar diperiksa dengan teliti walau pun ketika Hari Raya Aidil Fitri

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM