Kuala Lumpur, 20 September 2009 - Apabila takbir bergema, menandakan 1 Syawal 1430 Hijrah menjelang sudah. Setiap insan menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran dan keriangan bersama keluarga dan sanak saudara tercinta. Tangan dihulur maaf dipohon agar segala salah dan silap dimaafi.
Seperti biasa, dapat dilihat pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, tanpa mengira hari dan masa, tetap mengutamakan tugas memastikan kedaulatan negara terus kekal abadi. Mereka meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini di tempat mereka ditugaskan.
Jika tidak kerana tugas dan tanggungjawab, memang tiada siapa sanggup menyambut lebaran berjauhan dari keluarga. Inilah pengorbanan yang harus dilakukan oleh seluruh warga Polis Diraja Malaysia. Slogan 'Bersedia Berkhidmat' menjadi azimat setiap masa.

Tabah ...
Tiga anggota Bit melakukan rondaan di Lorong Jalan Silang Kuala Lumpur
bagi memastikan keadaan sekitar sentiasa selamat. Bertugas di hari
lebaran merupakan satu ibadah.

Tetap
ceria melayan orang ramai yang datang untuk membuat Laporan Polis
...Anggota bertugas di Pejabat Pertanyaan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi
Kuala Lumpur menyambut kedatangan seorang pengadu dengan penuh ceria
walaupun terpaksa bertugas pada hari lebaran.

Anggota
Pejabat Pertanyaan Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur tetap ceria
melayan 'tetamu' yang datang yang memerlukan bantuan dan khidmat
daripada PDRM

Warga
kota ramai yang pulang ke kampung halaman, namun di ibu kota, warga
negara asing samada penuntut atau buruh yang mencari rezeki di negara
ini beramai-ramai keluar bersiar-siar di ibu kota Kuala Lumpur,
terutamanya Pusat Membeli Belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman. Anggota
Cawangan Trafik sentiasa memastikan keadaan lalulintas sentiasa terkawal
walau pun terpaksa menyambut lebaran di jalan raya.

ACP
Zakaria Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur menyampaikan
bungkusan kuih muih kepada anggota polis yang bertugas pada hari lebaran
ketika Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama KPD Sentul pada
pagi 20 September 2009

Anggota
Pengawal Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, sentiasa
memastikan setiap kenderaan yang masuk dan keluar diperiksa dengan
teliti walau pun ketika Hari Raya Aidil Fitri