Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Pulau Pinang Tahan 267 Orang Dalam Ops Cantas

Published: 18 Jun 2014 1.08 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
George Town, 13 Sept - Polis Pulau Pinang menahan 267 pesalah yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah kekerasan menerusi Ops Cantas sejak 17 Ogos lepas hingga semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pulau-pinang-tahan-267-orang-dalam-ops-cantas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:07 MYT

George Town, 13 Sept - Polis Pulau Pinang menahan 267 pesalah yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah kekerasan menerusi Ops Cantas sejak 17 Ogos lepas hingga semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata daripada jumlah itu, 49 daripada suspek sedang dalam proses untuk didakwa di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959.

"Setakat ini lima orang telah didakwa di bawah PCA dan kita minta kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat kepada polis mengenai apa jua kejadian jenayah di sekeliling mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jelutong di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan mengadakan program kemasyarakatan di tempat ibadat termasuk masjid, kuil, gereja dan tokong sebulan sekali mulai hari ini dalam usaha mendekati masyarakat.

Abdul Rahim berharap dengan adanya program seumpama itu, ia dapat mengukuhkan kerjasama antara polis dan masyarakat bagi membendung kadar jenayah.

Dalam khutbahnya, beliau menekankan aspek penerapan nilai murni dan ajaran agama terhadap kanak-kanak sejak kecil untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia, mempunyai jati diri dan cintakan keamanan.

Beliau berkata bagi tempoh Januari 2008 hingga Ogos lepas, sebanyak 53,504 kes dicatat dengan tangkapan berjumlah 16,464 orang dan 2,563 daripada mereka adalah remaja bawah 18 tahun.

Katanya jumlah itu memperlihatkan betapa penting peranan ibu bapa dalam mendidik dan membentuk peribadi anak-anak mereka sejak usia muda bagi menjamin pembangunan modal insan berkualiti untuk masa depan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.08 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM