Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Pulau Pinang Hapus Iklan Along

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.54 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.38 PM
Kepala Batas, 27 Dis - Pihak polis bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi menurunkan kain rentang dan papan tanda iklan yang mempromosi kegiatan pinjaman haram along...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pulau-pinang-hapus-iklan-along
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:35 MYT

Kepala Batas, 27 Dis - Pihak polis bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi menurunkan kain rentang dan papan tanda iklan yang mempromosi kegiatan pinjaman haram along.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ASP Abdul Rahman Ibrahim berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada Ops Banteras Along yang dilaksanakan di Pulau Pinang, bermula hari ini.

"Kita akan melaksanakan operasi ini dengan kerjasama MPSP bagi menurunkan kain rentang dan papan iklan di tepi jalan dan premis yang menggantung iklan berunsurkan pinjaman along," katanya kepada pemberita selepas melancarkan operasi itu.

Abbdul Rahman berkata sepanjang operasi diperkenalkan dari 2009 hingga kini, SPU mencatat 28 kes dengan 15 tangkapan berhubung pinjaman along. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.54 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.38 PM