Polis Pulau Pinang Hapus Iklan Along
Kepala
Batas, 27 Dis - Pihak polis bekerjasama dengan Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) bagi menurunkan kain rentang dan papan tanda iklan
yang mempromosi kegiatan pinjaman haram along.
Ketua
Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ASP Abdul Rahman Ibrahim
berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada Ops Banteras Along
yang dilaksanakan di Pulau Pinang, bermula hari ini.
"Kita
akan melaksanakan operasi ini dengan kerjasama MPSP bagi menurunkan
kain rentang dan papan iklan di tepi jalan dan premis yang menggantung
iklan berunsurkan pinjaman along," katanya kepada pemberita selepas
melancarkan operasi itu.
Abbdul
Rahman berkata sepanjang operasi diperkenalkan dari 2009 hingga kini,
SPU mencatat 28 kes dengan 15 tangkapan berhubung pinjaman along.
Sumber : BERNAMA