Polis Pulau Pinang Bongkar Makmal Proses Syabu
PULAU
PINANG - 21 Januari 2010. Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah
makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah sintatik
dipercayai bernilai RM145,000 selepas menyerbu sebuah rumah pangsa di
Jalan Ayer Itam di sini Selasa lalu.
Polis turut menahan seorang wanita warga China berusia dalam lingkungan 20-an ketika dia sedang memproses dadah dalam sebuah bilik rumah sewa berkenaan, serta dua lelaki berusia 30-an masing-masing di kawasan perumahan itu dan di Jalan Jelutong di sini.
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Superintendan S Batumalai berkata,
serbuan jam 9.30 malam itu dibuat hasil intipan polis selama dua minggu.
"Makmal yang
telah beroperasi sejak enam bulan lalu di rumah itu menjalankan aktiviti
memproses dadah jenis Syabu dan Pil Yaba untuk diedar di sekitar negeri
ini," katanya.
Beliau berkata, antara dadah
yang dirampas ialah jenis ketamin, syabu, heroin dan ecstacy,
dipercayai bernilai lebih RM20,000 serta pelbagai peralatan yang diguna
untuk memproses dadah sintatik itu.
"Kami
turut merampas 16 botol precussor iaitu sejenis cecair kimia yang
dipercayai mampu menghasilkan 500 gram syabu bernilai RM125,000,"
katanya.
Beliau
berkata, siasatan awal polis mendapati wanita rakyat China itu memasuki
negara ini secara sah sejak tahun 2008 dan pernah bekerja sebagai
pelayan sebuah kafe di sini, manakala kedua-dua lelaki terbabit
mempunyai rekod
jenayah.
"Polis kini mengesan seorang lagi lelaki dipercayai anggota sindiket berkenaan bagi membantu siasatan, katanya.