Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Pulau Pinang Bongkar Makmal Proses Syabu

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah sintatik dipercayai bernilai RM145,000 selepas menyerbu sebuah rumah pangsa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pulau-pinang-bongkar-makmal-proses-syabu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:44 MYT

PULAU PINANG - 21 Januari 2010. Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah sintatik dipercayai bernilai RM145,000 selepas menyerbu sebuah rumah pangsa di Jalan Ayer Itam di sini Selasa lalu.

Polis turut menahan seorang wanita warga China berusia dalam lingkungan 20-an ketika dia sedang memproses dadah dalam sebuah bilik rumah sewa berkenaan, serta dua lelaki berusia 30-an masing-masing di kawasan perumahan itu dan di Jalan Jelutong di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Superintendan S Batumalai berkata, serbuan jam 9.30 malam itu dibuat hasil intipan polis selama dua minggu.

"Makmal yang telah beroperasi sejak enam bulan lalu di rumah itu menjalankan aktiviti memproses dadah jenis Syabu dan Pil Yaba untuk diedar di sekitar negeri ini," katanya.

Beliau berkata, antara dadah yang dirampas ialah jenis ketamin, syabu, heroin dan ecstacy, dipercayai bernilai lebih RM20,000 serta pelbagai peralatan yang diguna untuk memproses dadah sintatik itu.

"Kami turut merampas 16 botol precussor iaitu sejenis cecair kimia yang dipercayai mampu menghasilkan 500 gram syabu bernilai RM125,000," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati wanita rakyat China itu memasuki negara ini secara sah sejak tahun 2008 dan pernah bekerja sebagai pelayan sebuah kafe di sini, manakala kedua-dua lelaki terbabit mempunyai rekod
jenayah.

"Polis kini mengesan seorang lagi lelaki dipercayai anggota sindiket berkenaan bagi membantu siasatan, katanya.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM