Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Puji Sikap Prihatin Penduduk Yang Menyalurkan Maklumat

Published: 05 Jun 2015 2.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Kelantan, Dato' Mazlan Lazim memuji sikap prihatin penduduk setempat yang segera melaporkan kepada pihak polis tentang bunyi pesawat terbang rendah di Gua Musang tempoh hari.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-puji-sikap-prihatin-penduduk-yang-menyalurkan-maklumat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 13:58 MYT

Ketua Polis Kelantan, Dato' Mazlan Lazim memuji sikap prihatin penduduk setempat yang segera melaporkan kepada pihak polis tentang bunyi pesawat terbang rendah di Gua Musang tempoh hari.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan berlakunya kejadian pesawat terhempas di kawasan Rantau Manis, Gua Musang yang menjadi viral di laman sosial dan aplikasi Whatsapp.

Insiden itu menyebabkan operasi mencari digerakkan jam 8.50 malam membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sambil dibantu penduduk kampung.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan penerbangan pesawat yang terlalu rendah menyebabkan penduduk keliru dan menyangka ada pesawat terhempas di kawasan mereka.

Sumber: Harian Metro

Polis Puji Sikap Prihatin Penduduk Yang Menyalurkan Maklumat
ArticlePublished 05 Jun 2015 2.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM